09 June, 2011

broga hill

BROGA HILL adalah nama satu gunung yang terletak di Semenyih Selangor...ketinggian bukit tersebut adalah 1.7km..bayangkan lah ketinggian bukit tersebut..even tinggi Dania ttp rase tertarik utk naik ke atas bukit tersebut..sbb Dania selalu dgr cite dr kengkawan Dania tntg bukit tu..

Jd dania pn plan dgn ofismate Dania untuk mendaki bukit tersebut..kami rancang bnd ni dh lama cume nk capaikn hajat tu je yg memakan masa yang lama..jd ktorg pn plan la last minute and dpt kata putus yang amat memuaskan..

ktorg plan bnd ni mase tgh tunggu bos kt parking kete JKR Petaling pd petang Jumaat 15/4/11..bincangnye bincang ktorg pn dapat la kata sepakat untuk daki bukit tu pada keesokkan harinye iaitu pd 16/4/11..yang nk g nye Dania, Hafiz dan Emy..di sebabkan hanya 3 org je yg nk g ktorg pn ajak la skali bos ktorg untuk mendaki bukit tersebut..alhamdulillah bos pn nk join ktorg..and we decide nk gerak ke sana kul5 pagi sbb ktorg nk tgk matahari terbit..

So, mlm Sabtu tu Dania tdo kt umah Emy untuk memudahkan kami gerak sekali...and ktorg bangun kul 330 pagi untuk bersiap..Dania n Emy hanya mampu bawa air je..makanan cam sandwich dan cekodok pisang di bawa oleh bos dan juga Hafiz...hehehehe...wat malu je kan...org pmpuan cume bawak air je..ermmm..x kisah la pape pn kan..

ermmmm...cadang nk gerak ke sana kul 5 tp di sebabkan Hafiz lambat bangun, kami pn gerak dr umah bos tepat kul 530..dan sampai sana tepat kul630pagi..tu pn sebab kami sesat..hehehe...

smpai je sana kami pn mulakan lah pendakian..mase kami smpai sana suasana gelap sgt dan walopn gelap ramai yang dh tibe kt sana..smpaikan tempat letak kereta pn penuh...kami park kereta kt luar iaitu kt tepi jalan..


time tengah sesak nafas..sempat lagi berposing..
hehehehe..
 
masa kami memulakan perjalanan, suasana kt sana sgt2 sejuk..yela berada dlm hutan kan..mmg best..then, kami truskan pendakian kami and x sampai setengah bukit kami pn terpaksa menghentikan pendakian kami di sebabkan time tu Dania mengalami sesak nafas dan time tu Dania hampir2 nk pengsan...Dania paut pd batang pokok sebab Dania keseorangan time tu...nasib baik la Emy turun dan mendapatkan Dania klo x, x tau la apa nasib Dania..Hafiz dan bos masih lagi meneruskan pendakian dieorg..apabila dieorg mendapati kami tiada, dieorg pn patah balik dan melihat apa yang berlaku..dan masa tu bos pn keluarkan sandwich dan air utk bg bdn Dania bertenaga..

setelah 15 minit Dania berehat, kami pn mulakan semula pendakian kami dan mase tu hari pn semakin cerah dan hajat kami nk melihat matahari terbit pn terpaksa di lupakan...




Jalan semasa hendak medaki sehingga ke puncak sgtlah sempit dan licin..semasa naik alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan Dania pn x semput lagi..

meredah hutan di Broga



Bos & Hafiz mendaki



tengah kepenatan dan memikir kan cm mane nk daki lagi..

Emy & Bos bantu Dania utk naik
and last smpai la kami ke puncak Bukit Broga dan kami sempat merakamkan pemandangan2 yang indah semasa berada di puncak bukit..memang sangat menarik dan sangat indah..teringat pula Dania semasa Dania mendaki Gunung Brinchang sewaktu Dania sekolah di Cameron Highlands dulu..





semasa hendak menuruni Bukit..kelihatan masih ramai yg sedang mendaki



permandangan dari atas Bukit





inilah kami...staff FADZIL ENGINEERING & CONSTRUCTION

Emy


ini??? Dania la...


Bos & Hafiz berehat

Apabila berada di atas sana, Dania terasa seperti x nak turun kebawah lagi..rase tenang berada sana..kami berehat dan menghirup udara yang segar di atas bukit itu...apabila melihat jam di tangan Dania mendapati waktu sudah menunjukkan pukul 730 pagi..setelah 20 minit berehat kami decide untuk turun dan pergi ke destinasi kami iaitu ke Sungai Gabai untuk mandi air terjun di sana pula..

semasa kami nk menuruni bukit tersebut, perjalanan kami penuh dengan berhati2 sebab tanah licin..bos dan Dania pn sampai tergelincir jatuh... nasib baik la time tu Dania pegang akar pokok...klo x sure Dania akan menggelongsor..adusss..sakit punggung Dania terhempas kt akar pokok..

and last kami pn selamat turun kebawah..ngam2 kami sampai ke tempak letak kereta hujan pn turun membasahi bumi...alhamdulillah hujan turun selepas kami tiba di kereta..dan kami pn cancel kan plan nk g mandi air terjun kt Sungai Gabai sbb hujan...kami pn trus blk and smpai separuh jalan tetibe Bos teragak nk ajak g karaoke..so dengan muke slumber berpakaian comot dan berlumpur kami pn pusing blk dan trus g karaoke kt Giant Taman Equine..hehehehe..dh penat berkaraoke selama sejam kami pn blk..dh xde plan lain lg dh..masing2 dh penat..

pape pn pengalaman mendaki Gunung tu mmg best..tenang dan nyaman..ada rezeki Dania nk g lg..kali ni kene wat warm up dulu sblm naik..klo x confirm Dania semput..hehehe..k la ngantuk lak pepagi ni..nnt kite cite lg k..

No comments:

Post a Comment