22 December, 2011

dania ada baca 1 artikel ni..tertarik lak ngan artikel tu..nk tau apa die ?? haaa...ni die dania copy kan..korg baca la ye..

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: Agama.
Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.
Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.
Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: 
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]

Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami. Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain:
Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]

Kedua: Keluarga.
Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda: 
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]
Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.

Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah: “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3104] Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.

Ketiga: Ciri Kepimpinan.
Lelaki – yakni suami – ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]
Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.

Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.
Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.

Keempat: Kewangan.
Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]
Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.

Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.

Kelima: Akhlaknya.
Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]

Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.
Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura.

Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

22 November, 2011

my day

holaaaaaa!!!!!wowww...lame btl dania x cotcet kt blog ni kan..erm...skng ni dania kembali ber cotcet..tp cm xde idea nk cotcet apa..erm..xpe la dania citekan serba sedikit tentang tarikh 20.11.2011.haaaa....cantikkan kan tarikh tu..klo wat majlis yg bersejarah pn ok..pasti akan igt smpai bile2..ha..apa???cerai, putus etc???!!!ohh..no no..maksud dania bkn sejarah hitam tp sejarah manis la..cm tunang ke, kawin ke, dirisik ke or declare couple..so, klo gune tarikh ni xde la nnt salah seorg dr pasangan kite yg akan lupe tarikh anniversary korg..tol tak..???tp pd org2 yg ada niat nk wat majlis cm yg dania ckpkan tu tp x dpt xpe thun dpn ada lg..20.12.2012 or 12.12.12..ha..pn cantik gak kan..

erm...forget bout it..skng ni dania nk cite ckit tentang tarikh cantik ni yg ada kene mengena ngan dania..haaaa..korang pasti nk tau kan apa kisahnye tu..??ok2...dania cite k..sebenarnye tarkh tu adalah tarikh hari kelahiran dania yang ke 25 tahun..alhamdulillah genaplah dania pd pertengahan usia remaja.sempena hari kelahiran dania, dania x dpt byk present pn..cuma dania dapat 1 je dari best friend dania iaitu wana..apa dia??sapa wana tu??ala....korang x igt ke wana tu kwn dania yg dania g majlis pertunangan n kawin die hari tu la..haaa...igt dh kan..ha...die la yg bg dania hadiah..cantik sgt hadiah tu..dania suke..nk tau apa yg wana bg???ok jom layan pic kt bwh ni..


hiiii...it's me..Mr.Smurf.

cantikkan hadiah yg wana bg tu..???disbbkan sayang sgt ngan hadiah tu sanggup dania x bg ank2 buah dania sentuh..hehehehe..pape pn dania hargai sgt pemberian wana tu waloupn x sebesar mane tp ianya amatlah besar bg dania..dania sayang sgt ngan Mr Smurf  and wana..

btw, thankx a lot to her for the present..love you much much more forever and ever..



mmmmmmmmmmmuuuuuuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhhhhh...

27 September, 2011

di kala ini aku duduk termenung keseorangan mengenangkan kembali nasib yang menimpa diri ini dan juga apakah yang akan atau bakal berlaku terhadap aku...aku mengenangkan segala kejadian-kejadian yang telah menimpa aku sepanjang aku hidup dan membesar slama 25tahun ini..apabila aku duduk mengenangkan semuanya mula lah perkara yang paling perit bg aku aku muncul kembali..

aku mula terkenangkan kisah aku pada tahun 2009 yang memberi impak yang sangat mendalam buat aku dan keluarga aku..aku sendiri tidak menyedari akan tindakan aku yang terlalu mudah berkawan sehingga aku di tipu bulat2 oleh lelaki yang suke mengambil kesempatan atas kesempitan org lain..kajadian itu mnyebabkan aku trauma untuk berkawan dengan lelaki dan tidak mudah untuk aku mempercayai lelaki sehinggalah aku bertemu dengan I yang aku berkeyakinan akan melindungi aku seumur hidup aku..

kebanyakkan nye ramai yg berkata kpd aku, aku terlalu awal untuk menilai kebaikkan I tp mereka semua salah krn aku yg kenal dan tahu die mcm mana. I tidak lah seperti mana yang mereka fikirkan..setelah hampir 8 tahun perkenalan kami yang perhubungan hanyalah sebagai kawan aku yakin yg I bukan lah seorg lelaki yg jahat. die amat menghormati perempuan..untuk menzalimi perempuan memang jauh sekali..I mmg seorang yang penyayang dari mula persahabatan kami lagi..I banyak menaikkan semangat aku sekiranya aku mula lemah, lemah dengan dugaan dan segala kenangan pahit yang datang menyinggah dalam kotak fikiran aku..di saat aku merasa tertekan dan kemurungan I lah yang banyak me'release kan tekanan dan kemurungan aku..
skang ni, sekiranya I tiada di sisi aku, aku mula merasa kehilangannya..perasaan aku tiba-tiba menjadi takut..takut akan masa lalu aku menyinggah kembali di dalam kotak fikiran aku..aku x boleh berjauhan dengan I..kalau boleh aku inginkan I sentiasa berada disisi aku walau dimana dan di setiap saat aku berada dan terjaga..aku tidak boleh bayangkan seandainya I tiada di sisi aku buat selama-lamanya..aku selalu berdoa kepada Tuhan agar aku dan I tidak terpisah melainkan ia sudah ditakdirkan oleh Allah dan Allah menginginkan ianya terjadi..

 'Ya Allah Ya Tuhanku...Panjangkanlah usia perhubungan aku dan I agar kami bisa bersatu sebagai suami isteri yang sah di sisi Mu sehingga ke akhir hayat kami Ya Allah' amin amin ya rabbal alamin..........

sama-samalah kite mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini..semoga pasangan ini bisa bersatu suatu hari nanti..

berserah

Berserah..
Aku takut mengharap,
Aku takut menunggu,
... Aku takut merancang,
dan Aku sangat takut kecewa lagi.

Jodoh..
Andai engkau memang jodohku, tunggulah.
Jika tiada jodoh antara kita, terimalah.




Aku reda..
Untuk sekarang, maafkan aku kerana mempunyai perasaan ‘itu’.
Cukuplah ikatan ‘teman’ ini sebagai penghubung aku dan kau.
Aku tidak pernah mengharap lebih.
Terima kasih untuk segalanya. Aku hanya berserah kepada-Nya.

14 September, 2011

jujur

Korang sering mencari dan memerlukan satu perkara besar yang berfungsi sebagai perisai dalam perjuangan mengharap reda Ilahi iaitu KEJUJURAN!
 
Kejujuran apabila menguasai hati, akan menjadikan hati itu HATI YANG JUJUR. Jujur yang sangat kita perlukan ini bukan sekadar kejujuran terhadap sesama manusia. Paling utama jujur dalam mengambil hanya hak kita. Seiring merelakan hak orang lain. Ia mesti berlaku serentak...
 
Jujur adalah sebuah ungkapan yang selalu kita dengar dan menjadi pembicaraan. Apalagi perkara kejujuran merupakan perkara yang berkaitan dengan banyak masalah keislaman, samaada akidah, akhlak ataupun muamalah, di mana yang terakhir ini memiliki banyak cabang. Seperti perkara jual-beli, utang-piutang, sumpah, dan sebagainya.

Jujur merupakan sifat yang terpuji. Allah menyanjung orang-orang yang mempunyai sifat jujur dan menjanjikan balasan yang berlimpah untuk mereka. Termasuk dalam jujur adalah jujur kepada Allah, jujur dengan sesama manusia dan jujur kepada diri sendiri. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis yang shahih bahwa Nabi bersabda :

“Senantiasalah kalian jujur, karena sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebajikan, dan kebajikan membawa kepada surga. Seseorang yang senantiasa jujur dan berusaha untuk selalu jujur, akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang selalu jujur. Dan jauhilah kedustaan karena kedustaan itu membawa kepada kemaksiatan, dan kemaksiatan membawa ke neraka. Seseorang yang senantiasa berdusta dan selalu berdusta, hingga akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.”

Macam-Macam Jenis Kejujuran
  1. Jujur dalam niat dan kehendak. Ini kembali kepada keikhlasan. Kalau suatu amal tercampuri dengan kepentingan dunia, maka akan merusakkan kejujuran niat, dan pelakunya bisa dikatakan sebagai pendusta, sebagaimana kisah tiga orang yang dihadapkan kepada Allah, yaitu seorang mujahid, seorang qari’, dan seorang dermawan. Allah menilai ketiganya telah berdusta, bukan pada perbuatan mereka tetapi pada niat dan maksud mereka.
  2. Jujur dalam ucapan. Wajib bagi seorang hamba menjaga lisannya, tidak berkata kecuali dengan benar dan jujur. Benar/jujur dalam ucapan merupakan jenis kejujuran yang paling tampak dan terang di antara macam-macam kejujuran.
  3. Jujur dalam tekad dan memenuhi janji. Contohnya seperti ucapan seseorang, “Jikalau Allah memberikan kepadaku harta, aku akan membelanjakan semuanya di jalan Allah.” Maka yang seperti ini adalah tekad. Terkadang benar, tetapi adakalanya juga ragu-ragu atau dusta. Hal ini sebagaimana firman Allah:
    “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).” 
    (QS. al-Ahzab: 23)
    Dalam ayat yang lain, Allah berfirman,
    “Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah, ‘Sesungguhnya jika Allah memberikan sebagian karunia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang saleh.’ Maka, setelah Allah memberikan kepada mereka sebagian dari karunia-Nya, mereka kikir dengan karunia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran).” 
    (QS. at-Taubah: 75-76)
  4. Jujur dalam perbuatan, yaitu seimbang antara lahiriah dan batin, hingga tidaklah berbeda antara amal lahir dengan amal batin, sebagaimana dikatakan oleh Mutharrif, “Jika sama antara batin seorang hamba dengan lahiriahnya, maka Allah akan berfirman, ‘Inilah hambaku yang benar/jujur.’”
  5. Jujur dalam kedudukan agama. Ini adalah kedudukan yang paling tinggi, sebagaimana jujur dalam rasa takut dan pengharapan, dalam rasa cinta dan tawakkal. Perkara-perkara ini mempunyai landasan yang kuat, dan akan tampak kalau dipahami hakikat dan tujuannya. Kalau seseorang menjadi sempurna dengan kejujurannya maka akan dikatakan orang ini adalah benar dan jujur, sebagaimana firman Allah,
    “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.” 

    (QS. al-Hujurat: 15)

09 September, 2011

berserah

Berserah..
Aku takut mengharap,
Aku takut menunggu,
Aku takut merancang,
dan Aku sangat takut kecewa lagi.

Jodoh..
Andai engkau memang jodohku, tunggulah.
Jika tiada jodoh antara kita, terimalah.

Aku reda..
Untuk sekarang, maafkan aku kerana mempunyai perasaan ‘itu’.
Cukuplah ikatan ‘teman’ ini sebagai penghubung aku dan kau.
Aku tidak pernah mengharap lebih.
Terima kasih untuk segalanya. Aku hanya berserah kepada-Nya.

08 September, 2011

hapuslah airmata di pipi, hilangkanlah resah di hati

KEGELISAHAN, kedukaan dan air mata adalah bagian dari sketsa hidup di dunia. Tetesan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, hingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan karena kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

KEINGINAN BERTEMU pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disadari sebelumnya, hingga tanpa sadar telah menjadi bagian hidup yang tak terpisahkan. Sebuah fitrah pula bahwa setiap wanita ingin menjadi seorang ISTERI dan IBU yang baik ketimbang menjalani hidup dalam kesendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang sholeh dan sholehah.



DUHAI …


Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi bila ia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya ISLAM hingga memenuhi setiap sudut rumahtangganya.


الله Subhanahu wa Ta’ala pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusui hingga keta’atan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fii sabilillah. Karenanya, yakinkah batin itu tiada goresan saat melihat pernikahan wanita lain di bawah umurnya? Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga ia menemukan kekasih hati? Dapatkah kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan? Atau, tidakkah kita melihat kilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak kita?

LETIH …


Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah belahan jiwa yang menunggu di sana.



DUHAI UKHTI SHOLEHAH …


Dalam ISLAM, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, karena masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi dunia fana ini saja. Seseorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya الله akan dipertemukan di akhirat sana, selama ia beriman dan bertaqwa serta SABAR atas ujian-Nya yang telah menetapkan dirinya sebagai lajang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tak SABAR untuk bersua dan telah menunggu di tepi syurga, berkereta kencana untuk membawamu ke istananya.


Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada SANG PEMILIK CINTA. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri, duhai ukhti. Taqarrub-lah kepada الله Subhanahu wa Ta’ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan wanita lain, karena الله Subhanahu wa Ta’ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski ia tidak menyadarinya.


Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam karena tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah karena air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada الله Subhanahu wa Ta’ala. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Karena sejak ruh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskan-Nya.



SABARLAH UKHTI SHOLEHAH …


Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemintang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.


Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai bagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahasia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga, kelak akan engkau rasakan tak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.

Wallahu a’lam bi shawab.

28 July, 2011

mimpi buruk

mlm semalam Dania mimpi yg agak buruk..Dania takut sangat..sampai hr ni perasaan takut tu masih lg Dania rasai..berkenaan dengan mimpi Dania tu..semalam Dania mimpi yg Mr.Dania meninggal dunia dan yg dah meninggal dunia tu hidup lg..antara yang hidup tu arwah Hadi (abang) budak satu skool ngan Dania dulu..mase Dania mimpi tu Dania tgh duduk kt sebelah mayat Mr.Dania dalam keadaan menangis yg teresak2 sambil Dania ckp "U jgn tinggalkan I..I x pecaya U pergi dulu dr I..bangun la U jgn main2kan I"...lps je Dania hbs ckp Mr.Dania bangun, duduk dan trus senyum kt Dania sambil die ckp "I pergi dulu sayang jaga diri U baik2..I tetap sayangkan U"..lps tu trus Mr.Dania rebah dan jd semula mayat..Dania sambung lg menangis dan x blh tahan Dania trus kuar umah dan dalam mase tu arwah Hadi pn kejar Dania...Dania pn pergi mendapatkan kete Mr.Dania yg pd mase tu amat2 buruk...bile Dania dh sampai kete Mr.Dania brg yg Dania amik time tu adalah kepala seat then Dania amik dan trus campak atas bumbung umah Mr.Dania...mase tu Dania tgk org2 yg ziarah semua nye gelak2 Dania je yg nangis dan mase tu Dania takut dan trus tersedar..and mase tu trus Dania capai telefon and message Mr.Dania..

bile Dania fkir blk mst ada sbb Dania mimpi cm tu..apa ek maknanye????erm...............jd tanda tny lak Dania...

25 July, 2011

kekecewaan

lagi sekali Dania merasai kekecewaan yg agak ketara hanya disebabkan diri sendiri dan pihak lain...hati Dania pn x sesenang dulu lg..apa saja yg Dania lakukan pasti ada yg x kene dimata sesetengah individu..kadang2 puas Dania cuba menjadikan diri Dania ni terbaik di sisi orang2 sekeliling Dania dan Dania pn ingin orang2 di sekeliling Dania melihat Dania bkn la seorg yg lemah dan bodoh..tp kenapa la ssh untuk Dania merasai yg diri Dania ini dihargai oleh orang2 di sekeliling Dania???adakah disebabkan Dania ni bknlah pilihan hati mereka???

ermmm..ntah la..Dania sendiri pn x tau jawapan nye..btl la apa org ckp nk memuaskan ht org bkn lah 1 perkara yg mudah..kadang2 apa yg kite lakukan ada sahaja yg buruk dan x btl di pandangan mata mereka kerana apabila ada sikap membanding atau dibandingkan semua tu akn terus berlaku dan kite sendiri x akan nmpak kebaikkan serta kebolehan seseorang..so, now Dania amik keputusan untuk berdiam diri dari trus berkata2 agar tiada pihak yg terluka dan tiada pihak yg dilukakan..

22 July, 2011

Allah telah menjadikan kunci bagi segala sesuatu

AL-IMAM Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu kunci untuk membukanya, Allah menjadikan kunci pembuka shalat adalah bersuci sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

         ãƒ„‘Kunci shalat adalah bersuci’, 

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan:

          ツ kunci PEMBUKA HAJI adalah ihram, 

          ツ kunci KEBAJIKAN adalah kejujuran, 

          ツ kunci SURGA adalah tauhid, 

          ツ kunci ILMU adalah bagusnya bertanya dan mendengarkan, 

          ツ kunci KEMENANGAN adalah kesabaran, 

          ツ kunci DITAMBAHNYA NIKMAT adalah syukur, 

          ツ kunci KEWALIAN adalah mahabbah dan dzikir, 

          ツ kunci KEBERUNTUNGAN adalah takwa, 

          ツ kunci TAUFIK adalah harap dan cemas kepada Allah ‘Azza wa Jalla, 

          ツ kunci DIKABULKAN adalah doa, 


          ツ kunci KEINGINAN TERHADAP AKHIRAT adalah zuhud di dunia, 

          ツ kunci KEIMANAN adalah tafakkur pada hal yang diperintahkan Allah, keselamatan bagi-Nya, serta keikhlasan terhadap-Nya di dalam kecintaan, kebencian, melakukan, dan meninggalkan,

         ãƒ„ kunci HIDUPNYA HATI adalah tadabbur al-Qur’an, beribadah di waktu sahur, dan meninggalkan dosa-dosa, 

         ãƒ„ kunci DIDAPATKANNYA RAHMAT adalah ihsan di dalam peribadatan terhadap Khaliq dan berupaya memberi manfaat kepada para hamba-Nya, 

        ツ kunci REZEKI adalah usaha bersama istighfar dan takwa, 

        ツ kunci KEMULIAAN adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, 

        ツ kunci PERSIAPAN untuk akhirat adalah pendeknya angan-angan, 

        ツ kunci SEMUA KEBAIKAN adalah keinginan terhadap Allah dan kampung akhirat, 

        ツ kunci SEMUA KEJELEKAN adalah cinta dunia dan panjangnya angan-angan.


“Ini adalah bab yang agung dari bab-bab ilmu yang paling bermanfaat, iaitu mengetahui pintu-pintu kebaikan dan kejelekan, tidaklah diberi taufik untuk mengetahuinya dan memperhatikannya kecuali seorang yang memiliki bahagian dan taufik yang agung, karena sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan kunci bagi setiap kebaikan dan kejelekan" 

        ∞ kunci dan pintu untuk masuk kepadanya sebagaimana Allah jadikan kesyirikan, kesombongan, berpaling dari apa yang    disampaikan Allah kepada Rasul-Nya, 

        ∞ dan lalai dari dzikir terhadap-Nya dan melaksanakan hak-Nya sebagai kunci ke neraka, 

        ∞ sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala jadikan khamr sebagai kunci SEGALA DOSA. 

       ∞ Dia jadikan nyanyian sebagai kunci PERZINAAN, 

       ∞ Dia jadikan melepaskan pandangan pada gambar-gambar sebagai kunci KEGELISAHAN DAN KEGANDRUNGAN, 

       ∞ Dia jadikan kemalasan dan kesantaian sebagai kunci KERUGIAN DAN LUPUTNYA SEGALA SESUATU,

       ∞ Dia jadikan kemaksiatan-kemaksiatan sebagai kunci KEKUFURAN, 

       ∞ Dia jadikan dusta sebagai kunci KENIFAKAN (kemunafikan -ed), 

       ∞ Dia jadikan kekikiran dan ketamakan sebagai kunci KEBAKHILAN, MEMUTUS 
SILATURAHIM, SERTA MENGAMBIL HARTA DENGAN CARA YANG TIDAK HALAL, 

      ∞ Dia jadikan berpaling dari apa yang dibawa Rasul sebagai kunci SEGALA KEBID’AHAN DAN KESESATAN.

“Perkara-perkara ini tidaklah membenarkannya kecuali setiap orang yang memiliki ilmu yang shahih dan akal yang bisa mengetahui dengannya apa yang ada dalam dirinya dan apa yang berwujud dari kebaikan dan kejelekan. Maka sepantasnya seorang hamba memperhatikan dengan sebaik-baiknya ilmu terhadap kunci-kunci ini dan kunci-kunci yang dijadikan untuknya.” (Hadil Arwah 1/48-49)

21 July, 2011

mengapa harus bersedih???


Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 
Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?
Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?
Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - [Al-Ankabut 29:33]
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.
Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.
Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.
Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.
Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.
Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!
Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?
Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.
Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.
Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.
Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.