18 June, 2012

result

ok guys...last Friday last week Dania dapat call dari my SIL..1st call ask me bout Dania balik keje on time or lambat..2nd call Dania igtkan pasal apa la..rupenye pasal nak bgtau ada 1 surat dari Perbadanan Putrajaya..ala yg Dania g tebiu tu la..bile my SIL cakap je pasal surat tu dup dap dup dap jantung Dania bagai ribut taufan melanda..

yela kan..sebab mase g tebiu tu Timbalan Pengarah ada bgtau pasal keputusan dimana keputusan "DAPAT" they oll akan bgtau melalui surat or call kalo x dapat panggilan or surat that's mean "TIDAK BERJAYA'..

so, my SIL pn tanya Dania samaada nak buka or Dania nak baca sendiri..disebabkan terlalu teruja nak tau apa keputusannya Dania pn suh jugak my SIL buka..and jawapannye adalah ten ten ten tennnnnnnn.....

ANDA ADALAH CALON SIMPANAN..

TAMAT TEMPOH : SETAHUN DARI TARIKH SURAT DIKELUARKAN

 alaaaaaa...igtkan dapat..rupenye simpanan..tp x pe la at least mereka terima Dania jugakan walopn simpanan..syukur alhamdulillah..hopefully ada la rezeki Dania kan..







Add caption

15 June, 2012

Jalan-jalan Cari Makan

ahaks!!!!setelah lama Dania mengidam nak makan Tutti Frutti akhirnya dapat jugak Dania makan yogurt tu.. Dania amik cup yg paling besar sekali... yg warne pink.. Dania amik 4 perisa 1st yg Dania amik of course coklat.. 2nd Taro 3rd Guava and last dalam xnak x nak amik juga Kiwi.. padahal dh penuh dh.. aiiyoooo..full cup wooo.. siap sampingannye amik buah laici lg.. sekali timbang 5.65gram.. hahahaha btl2 lepaskan gian.. last2 yg habis dulu coklat.. pastu Mr.Dania pn dh mula slow..

"ehem2.. slow je..xkan dh nak berhenti kot..td beria nk amik byk2 kan.." sambil senyum kt Mr.Dania..

lupe nak amik pic sebelum makan..hehehe..

pastu die pn laju je makan.. errkkkk...alhamdulillah terasa full pulak perot Dania sebab sebelum tu Dania dh makan nasi kt umah..



then, Dania igtkan trus balik umah rupenye bley plak kan g Restoran Warisan Sambal Opah area Taipan jugak la.. aiyooo..Dania x larat dh nk makan.. Dania order air je.. Mr.Dania  beli Nasi lemak sekali tengok die beli 3..huhhh..die suh jugak Dania makan.. katanya rugi x makan sebab nasi lemak kt situ sedap (ermmm..nak pancing Dania la tu suh makan).. x termakan nye umpan die..Dania cuma rase sesudu je..lepas tu x makan dh tp bile dh rase sesudu uumak aiii betul la sedap.. Dania pn makan la sebungkus.. hehehehehe... sekali sekala apa salah nye kan..hehehehe..




Pape pn Thankx to Mr. Dania yg telah membawa Dania g makan Tutti Frutti and nasi lemak.. heeeee memang sedap..lepas ni disiplin balik untuk berdiet okehhh!!!..



13 June, 2012

jom tambah follower


Selamat Petang semua..
Ni kali ketiga aku join Segmen sejak berblog..
Salah satunya aku terpilih jadi bloglist diorg..
hehe.. Selamat Berblog kengkawan semua..

Oklah kengkawan.. Jom join.. di sini saya tag 2org kawan saya..
http://jgnpglsykismis.blogspot.com/?zx=916d828d917a14e7
&
http://ainartwork.blogspot.com/
Nanti korang join yea.. Leh meramaikan follower lagi..:
Tuk tuan umah segmen ni..saya telah buat semua seperti yang diminta..
 

i'm hot!!!

morning!!! holla holla...
guys u oll nak tau x semalam Dania btl2 hot ngan sorang mamat aka org tua yg x sedar diri.. nak kata mamat ni tua x la kan early 30an la..ermm.. korang nak tau apa yg menyebabkan Dania bengang ngan die???kalo Dania cite sure korang terkejut especially bebudak POLITEKNIK..ok let's Dania cite ckit kejadian semalam..

Punca

semalam printer ofis rosak kepala cartridge la dh x berupaya nak menjadikan apa yg Dania print tu cantik..so, bile dh print terjadi la plak tulisan nye bergarisan and blur and apa yg Dania print tu adalah something yg nak di submit kan ke JKR.. nak x nak terpaksa jugak la Dania pass to him to submit ke JKR..bile dapat je benda tu pd die apa lg naik meroyan la mamat tu pada Dania tau..bebel2 tanpa bagi peluang pada Dania utk defend my self..bile die senyap and tanya Dania dalam nada marah

             him : why it's happend?? 
             me  : it's about printer..kepala cartridge rosak..
             him : kenapa x beli cartridge??duit x de??
             me  : memang duit xde
             him : kenapa x collect duit kt staf lain..??sorang ckit..korang sume dah gaji 
                     kan x kan la x blh kuar ckit duit untuk beli cartridge..a** blh kuar 
                     duit beribu2 untuk  bayar  gaji korang x kan la korang x blh 
                     kuar kan ckit duit untuk beli cartridge..
            me  : masalah nye bkn ktorang x nak kuar kan duit untuk beli cartridge 
                     tp memang ktorg xde duit lgpn gaji ktorg bukannye beribu2 
                     nak kata 1500 pn x sampai..a** fikir la kami ckit..

and last die terdiam dan teruskan lg bebelan sambil die cakap ngan sorg ofis mate Dania 

"kamu kelulusan dari U jd wat keje kene macam budak U jgn ikut cara dieorg ni budak POLI, BODOH".. 

perghhh...time tu Dania rase cm nak tumbuk je muke die.. yela die igt die pandai sangat ke??kalo die pandai die x kan ungkit pasal gaji..tu dah memang tangungjawab die untuk bayar gaji ktorg..mmg ptt pun kuarkan duit beribu2 sbb die kan b**..xkan la pekerja lak yg nk kena kuarkan wit beribu lak ada akai ke..

last2 semalam die trus kuar ofis and x masuk2 lg dah lepas tu sampai la pagi ni..haiiii..tertekan la Dania keje cni..bukan tekanan sebabkan kerja tp sebabkan b**.. sabar je Dania selama ni..nak keje ikhlas pn dh x blh lg dh..haisshhhh...

            

 

11 June, 2012

kisah Rozita

hye kengkawan...hr ni Dania nak berkongsi cerita mengenai pengasas sendayu tinggi iaitu Rozita Ibrahim.. Dania tertarik ngan pengakuan die..nak tau apa die jom baca entri kt bawah.. 

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia…
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

p/s : jadi pada sesape saudara muslim yang masih belum bertudung,bukalah mata.berubah untuk kebaikan.Dunia ni hanya pinjaman.semoga Allah membuka hidayah pada semua.



 




08 June, 2012

Sering merendah diri antara enam tanda taubat diterima

tertarik Dania baca pada 1 blog ni..tentang merandah diri..jadi Dania kongsikan bersama kawan2 semua untuk tatapan ye..


SEORANG ahli hikmah berkata:
Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.
Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:
  1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
  4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.
Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.
Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.
Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

Sumber : Abul-Laits Assamarqandi dalam buku, Tanbihul Ghafilin


06 June, 2012

we are young

aduhhhhhh..penat betul Dania mencari lagu ni..dari semalam lagi..x jumpa2..puas Dania tanya bebudak ofis tajuk n nama kumpulan yang nyanyi lagu ni dieorang pn xtau.. and last tadi baru jumpa tu pn budak ofis Dania yang jumpa dalam blog orang..hehehehe.. Dania suke ngat lagu ni sebab lagu ni memang best n rentak die pn lain dari yang lain.. 4 this song Dania bagi 100% korang cm ne plak?? k la korang tengok n dengar dulu ye..nnt komen tau.. 

 

02 June, 2012

balik kampung

Hari ni Dania balik kampung Melaka..u oll nak tau x Dania tempuh je sepanjang panjang perjalanan ke Melaka tau...kuar je dar tol Subang Jaya ok lg trafik lepas je dari persimpangan KLIA Ya Allah panjang nye jem..belum masuk Nilai and Seremban lagi..lagi la truk jem nye..bayangkanlah Dania kuar dari umah kul1215pm and Dania sampai kampung tepat kul 230pm...nasib baik la kete Dania auto so,xde la kaki Dania pn turut jem...hhehhee...
dah sampai je kampung baru lah Dania tau penyebab berlakunye jem..rupenya hari ni ada pendaftaran kemasukan pelajar baru UITM Melaka..patut la jem..yela kan orangmesti la amik kesempatan..bak kata pepatah menyelam sambil mnu air la kan..alang2 dah datang Melaka trus la bercuti sekali..tambah2 skng ni cuti sekolah lagi lakan.. ermmm..bile dah jem2 cegini nak kuar jalan2 pn dh malas..hehehe..baik duk berehat kt umah je kan..