28 July, 2011

mimpi buruk

mlm semalam Dania mimpi yg agak buruk..Dania takut sangat..sampai hr ni perasaan takut tu masih lg Dania rasai..berkenaan dengan mimpi Dania tu..semalam Dania mimpi yg Mr.Dania meninggal dunia dan yg dah meninggal dunia tu hidup lg..antara yang hidup tu arwah Hadi (abang) budak satu skool ngan Dania dulu..mase Dania mimpi tu Dania tgh duduk kt sebelah mayat Mr.Dania dalam keadaan menangis yg teresak2 sambil Dania ckp "U jgn tinggalkan I..I x pecaya U pergi dulu dr I..bangun la U jgn main2kan I"...lps je Dania hbs ckp Mr.Dania bangun, duduk dan trus senyum kt Dania sambil die ckp "I pergi dulu sayang jaga diri U baik2..I tetap sayangkan U"..lps tu trus Mr.Dania rebah dan jd semula mayat..Dania sambung lg menangis dan x blh tahan Dania trus kuar umah dan dalam mase tu arwah Hadi pn kejar Dania...Dania pn pergi mendapatkan kete Mr.Dania yg pd mase tu amat2 buruk...bile Dania dh sampai kete Mr.Dania brg yg Dania amik time tu adalah kepala seat then Dania amik dan trus campak atas bumbung umah Mr.Dania...mase tu Dania tgk org2 yg ziarah semua nye gelak2 Dania je yg nangis dan mase tu Dania takut dan trus tersedar..and mase tu trus Dania capai telefon and message Mr.Dania..

bile Dania fkir blk mst ada sbb Dania mimpi cm tu..apa ek maknanye????erm...............jd tanda tny lak Dania...

25 July, 2011

kekecewaan

lagi sekali Dania merasai kekecewaan yg agak ketara hanya disebabkan diri sendiri dan pihak lain...hati Dania pn x sesenang dulu lg..apa saja yg Dania lakukan pasti ada yg x kene dimata sesetengah individu..kadang2 puas Dania cuba menjadikan diri Dania ni terbaik di sisi orang2 sekeliling Dania dan Dania pn ingin orang2 di sekeliling Dania melihat Dania bkn la seorg yg lemah dan bodoh..tp kenapa la ssh untuk Dania merasai yg diri Dania ini dihargai oleh orang2 di sekeliling Dania???adakah disebabkan Dania ni bknlah pilihan hati mereka???

ermmm..ntah la..Dania sendiri pn x tau jawapan nye..btl la apa org ckp nk memuaskan ht org bkn lah 1 perkara yg mudah..kadang2 apa yg kite lakukan ada sahaja yg buruk dan x btl di pandangan mata mereka kerana apabila ada sikap membanding atau dibandingkan semua tu akn terus berlaku dan kite sendiri x akan nmpak kebaikkan serta kebolehan seseorang..so, now Dania amik keputusan untuk berdiam diri dari trus berkata2 agar tiada pihak yg terluka dan tiada pihak yg dilukakan..

22 July, 2011

Allah telah menjadikan kunci bagi segala sesuatu

AL-IMAM Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu kunci untuk membukanya, Allah menjadikan kunci pembuka shalat adalah bersuci sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

         ツ‘Kunci shalat adalah bersuci’, 

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan:

          ツ kunci PEMBUKA HAJI adalah ihram, 

          ツ kunci KEBAJIKAN adalah kejujuran, 

          ツ kunci SURGA adalah tauhid, 

          ツ kunci ILMU adalah bagusnya bertanya dan mendengarkan, 

          ツ kunci KEMENANGAN adalah kesabaran, 

          ツ kunci DITAMBAHNYA NIKMAT adalah syukur, 

          ツ kunci KEWALIAN adalah mahabbah dan dzikir, 

          ツ kunci KEBERUNTUNGAN adalah takwa, 

          ツ kunci TAUFIK adalah harap dan cemas kepada Allah ‘Azza wa Jalla, 

          ツ kunci DIKABULKAN adalah doa, 


          ツ kunci KEINGINAN TERHADAP AKHIRAT adalah zuhud di dunia, 

          ツ kunci KEIMANAN adalah tafakkur pada hal yang diperintahkan Allah, keselamatan bagi-Nya, serta keikhlasan terhadap-Nya di dalam kecintaan, kebencian, melakukan, dan meninggalkan,

         ツ kunci HIDUPNYA HATI adalah tadabbur al-Qur’an, beribadah di waktu sahur, dan meninggalkan dosa-dosa, 

         ツ kunci DIDAPATKANNYA RAHMAT adalah ihsan di dalam peribadatan terhadap Khaliq dan berupaya memberi manfaat kepada para hamba-Nya, 

        ツ kunci REZEKI adalah usaha bersama istighfar dan takwa, 

        ツ kunci KEMULIAAN adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, 

        ツ kunci PERSIAPAN untuk akhirat adalah pendeknya angan-angan, 

        ツ kunci SEMUA KEBAIKAN adalah keinginan terhadap Allah dan kampung akhirat, 

        ツ kunci SEMUA KEJELEKAN adalah cinta dunia dan panjangnya angan-angan.


“Ini adalah bab yang agung dari bab-bab ilmu yang paling bermanfaat, iaitu mengetahui pintu-pintu kebaikan dan kejelekan, tidaklah diberi taufik untuk mengetahuinya dan memperhatikannya kecuali seorang yang memiliki bahagian dan taufik yang agung, karena sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan kunci bagi setiap kebaikan dan kejelekan" 

        ∞ kunci dan pintu untuk masuk kepadanya sebagaimana Allah jadikan kesyirikan, kesombongan, berpaling dari apa yang    disampaikan Allah kepada Rasul-Nya, 

        ∞ dan lalai dari dzikir terhadap-Nya dan melaksanakan hak-Nya sebagai kunci ke neraka, 

        ∞ sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala jadikan khamr sebagai kunci SEGALA DOSA. 

       ∞ Dia jadikan nyanyian sebagai kunci PERZINAAN, 

       ∞ Dia jadikan melepaskan pandangan pada gambar-gambar sebagai kunci KEGELISAHAN DAN KEGANDRUNGAN, 

       ∞ Dia jadikan kemalasan dan kesantaian sebagai kunci KERUGIAN DAN LUPUTNYA SEGALA SESUATU,

       ∞ Dia jadikan kemaksiatan-kemaksiatan sebagai kunci KEKUFURAN, 

       ∞ Dia jadikan dusta sebagai kunci KENIFAKAN (kemunafikan -ed), 

       ∞ Dia jadikan kekikiran dan ketamakan sebagai kunci KEBAKHILAN, MEMUTUS 
SILATURAHIM, SERTA MENGAMBIL HARTA DENGAN CARA YANG TIDAK HALAL, 

      ∞ Dia jadikan berpaling dari apa yang dibawa Rasul sebagai kunci SEGALA KEBID’AHAN DAN KESESATAN.

“Perkara-perkara ini tidaklah membenarkannya kecuali setiap orang yang memiliki ilmu yang shahih dan akal yang bisa mengetahui dengannya apa yang ada dalam dirinya dan apa yang berwujud dari kebaikan dan kejelekan. Maka sepantasnya seorang hamba memperhatikan dengan sebaik-baiknya ilmu terhadap kunci-kunci ini dan kunci-kunci yang dijadikan untuknya.” (Hadil Arwah 1/48-49)

21 July, 2011

mengapa harus bersedih???


Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 
Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?
Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?
Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - [Al-Ankabut 29:33]
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.
Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.
Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.
Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.
Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.
Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!
Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?
Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.
Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.
Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.
Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

19 July, 2011

tips untuk melupakan seseorang

haiii..terfikir dania sejenak dengan kwn2 Dania yg tengah bersedih akibat dr putus cinta...ada yg makan x lalu..wat kerja pn mcm x berupaya..ada jgk yg trus amik MC 3 hari kadang2 tu ada yg smpai seminggu gara2 mata bengkak menagis..haishhhh... mcm2 la dieorg ni kan..Dania pn pernah jgk putus cinta tp xde la seteruk dieorg..paling kuat pn bile nk tdo je Dania akan menangis tu pn 2 hari je lps ktorg putus..hehehe..nk wat pe nangis lame2..bkn dpt faedah pn..yg senang lelaki bkn pmpuan...so, Dania ada petua atau tips untuk korg melupakan bekas2 pakwe korg tu..haaa..bc tips kt bawah ni :


Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.


Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe

Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu

Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan.

Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.

Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.

Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.

Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe

Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.

Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya.

Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang Dania citekan kt sini hanyalah sebahagiannya saja. Kalo masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu korg ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan Dania.. 

“Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”

Kepada kawan2 Dania yg tgh and masih bersedih tu good luck ye.. 

14 July, 2011

Old Skool Mega Gathering aka O.M.G

Ahad hari tu Dania pergi ke Port Dikson bersama ngan Mr. Dania untuk menghadiri Old Skool Mega Gathering..x sangka la Dania nk jugak pergi ke event tu kan..yela ikt kan ht Dania mase tu mmg x nk g..malas sbb nnt sure ramai n pans..pastu klo dh g sana sah2 la memember mr.Dania ramai kan and sure la Mr Dania akan ignore kan Dania..bile dh berkumpul mmg awek pn ditinggalkan..tp di sebabkan Mr Dania ajak gak Dania g so nk x nk g jela..Dania fikir Dania kene gak hadapi bnd ni nnt..kene la jugak jinak2 kan diri ngan event yg Mr.Dania minat kan..So, tepat kul11 Dania pn dh siap nk g..sampai sana nk dekat kul1 sbb mencari tempat nye pasal..hehehe

mase dh sampai sana Dania dh cuak dh..ramai gile orang ada kat sana..kebanyakkannye lelaki..xde pn Dania tgk pmpuan kt sana..bile dh msuk tmpt tu baru la hilang rase cuak tu sbb x sangka event cm tu ramai gak pmpuan yg hadir..dh smpai sana Mr Dania pn cari memembernye..mase tu Dania punye lah malu..x tau la sbb apa..myb sbb Dania ni mmg pemalu kot..hehehehe...bile Mr Dania dh jmp memembernye Dania riso btl klo Mr Dania ignore Dania tp sangkaan Dania tu rupenye hanyalah mainan saje..Mr Dania x penah sekali pn ignore kan Dania apatah lg tinggalkan Dania..die masih igt lg aweknye ada disisi..hehehe...

bile dh balik tu baru la Dania terase best sangat dapat g event cm tu..dapat tgk kereta2 lama dengan pelbagai design yang agak menarik..Dania fikir balik andai kata klo Dania x ikut la Mr Dania sure Dania x kan dapat tgk kereta2 lama cm tu..hmmm..mmg syok habis..hehehe..lps daripada tu Dania trus naikkan semangat Mr Dania untuk membuat kereta die jd cm kete2 yang ada dlm event tu....

kereta ni nmpk cm barai tp menang kot..tp Dania x tau lak kategori apa yang dimenanginye
ni sticker yang ditampal pada kereta katak..


interior colour  pink..nice sgt..ni kete mustang driver belah kiri tu..
ha...ada jgk gambar Dania ngan Mr.Dania...ermm..ntah bile la dieorg ni amik pic ni..

07 July, 2011

malam gathering TECHSIS

lagi sekali bebudak TECHSIS akan berkumpul..kali ni wat gilang gemilang..temanya GLAMOUR ala2 artis gitu.ewahhhh...hhahaha..kali ni ktorg nye reunion di adakan di dewan Silveritage Simpang Pulai, Perak. haaa...nk tau lg detail blh tgk la kad jemputan ni yang di designkan oleh Jaja dan diprintkan oleh Hery....manakala proses pengeposan dibuat oleh Dania sendiri dan juga Black tp bkn Black Mentor tau..no no no..hehehe..




mcm2 ada aktiviti kami mase tu..ada Dress Contest aka dress yang paling meletop cun melecun..siap kene catwalk lg tau..hahaha..pastu ada Show Contest dimana setiap tetamu yang hadir diberi peluang untuk menunjukkan bakat terpendam contohnye nyanyi, main drum, gitar dan lain2...tidak ketinggalan juga dengan cabutan bertuah..kami turut serta kan dengan hadiah yang paling mahal TV LCD PLASMA lg..hehe..Dania nk jgk hrp2 ada la rezeki Dania mase tu kan..hehehe..

tugas Dania mase acara tu adalah menjadi penyambut tetamu..pada awalnye mereka ingin mencadangkan Dania berpartner ngan Mr. Dania tp disebabkan Mr.Dania x dapat hadir so, terpaksa la di tukarkan dengan Hery..sbg penyambut tetamu time tu Dania kene la berketerampilan dan juga dengan memberi senyuman yang menarik..

sekarang ni Dania rase menjadi masalah lak wat Dania untuk mencari dress yang sesuai untuk dipakai malam tu..Dania rase xde idea la plak..ermmm..myb baru lg kan..nnt dh nk dekat mst tetibe ada idea tu..hehehe..pape pn Dania x sabar nk tggu hari tu..