18 June, 2012

result

ok guys...last Friday last week Dania dapat call dari my SIL..1st call ask me bout Dania balik keje on time or lambat..2nd call Dania igtkan pasal apa la..rupenye pasal nak bgtau ada 1 surat dari Perbadanan Putrajaya..ala yg Dania g tebiu tu la..bile my SIL cakap je pasal surat tu dup dap dup dap jantung Dania bagai ribut taufan melanda..

yela kan..sebab mase g tebiu tu Timbalan Pengarah ada bgtau pasal keputusan dimana keputusan "DAPAT" they oll akan bgtau melalui surat or call kalo x dapat panggilan or surat that's mean "TIDAK BERJAYA'..

so, my SIL pn tanya Dania samaada nak buka or Dania nak baca sendiri..disebabkan terlalu teruja nak tau apa keputusannya Dania pn suh jugak my SIL buka..and jawapannye adalah ten ten ten tennnnnnnn.....

ANDA ADALAH CALON SIMPANAN..

TAMAT TEMPOH : SETAHUN DARI TARIKH SURAT DIKELUARKAN

 alaaaaaa...igtkan dapat..rupenye simpanan..tp x pe la at least mereka terima Dania jugakan walopn simpanan..syukur alhamdulillah..hopefully ada la rezeki Dania kan..







Add caption

15 June, 2012

Jalan-jalan Cari Makan

ahaks!!!!setelah lama Dania mengidam nak makan Tutti Frutti akhirnya dapat jugak Dania makan yogurt tu.. Dania amik cup yg paling besar sekali... yg warne pink.. Dania amik 4 perisa 1st yg Dania amik of course coklat.. 2nd Taro 3rd Guava and last dalam xnak x nak amik juga Kiwi.. padahal dh penuh dh.. aiiyoooo..full cup wooo.. siap sampingannye amik buah laici lg.. sekali timbang 5.65gram.. hahahaha btl2 lepaskan gian.. last2 yg habis dulu coklat.. pastu Mr.Dania pn dh mula slow..

"ehem2.. slow je..xkan dh nak berhenti kot..td beria nk amik byk2 kan.." sambil senyum kt Mr.Dania..

lupe nak amik pic sebelum makan..hehehe..

pastu die pn laju je makan.. errkkkk...alhamdulillah terasa full pulak perot Dania sebab sebelum tu Dania dh makan nasi kt umah..



then, Dania igtkan trus balik umah rupenye bley plak kan g Restoran Warisan Sambal Opah area Taipan jugak la.. aiyooo..Dania x larat dh nk makan.. Dania order air je.. Mr.Dania  beli Nasi lemak sekali tengok die beli 3..huhhh..die suh jugak Dania makan.. katanya rugi x makan sebab nasi lemak kt situ sedap (ermmm..nak pancing Dania la tu suh makan).. x termakan nye umpan die..Dania cuma rase sesudu je..lepas tu x makan dh tp bile dh rase sesudu uumak aiii betul la sedap.. Dania pn makan la sebungkus.. hehehehehe... sekali sekala apa salah nye kan..hehehehe..




Pape pn Thankx to Mr. Dania yg telah membawa Dania g makan Tutti Frutti and nasi lemak.. heeeee memang sedap..lepas ni disiplin balik untuk berdiet okehhh!!!..



13 June, 2012

jom tambah follower


Selamat Petang semua..
Ni kali ketiga aku join Segmen sejak berblog..
Salah satunya aku terpilih jadi bloglist diorg..
hehe.. Selamat Berblog kengkawan semua..

Oklah kengkawan.. Jom join.. di sini saya tag 2org kawan saya..
http://jgnpglsykismis.blogspot.com/?zx=916d828d917a14e7
&
http://ainartwork.blogspot.com/
Nanti korang join yea.. Leh meramaikan follower lagi..:
Tuk tuan umah segmen ni..saya telah buat semua seperti yang diminta..
 

i'm hot!!!

morning!!! holla holla...
guys u oll nak tau x semalam Dania btl2 hot ngan sorang mamat aka org tua yg x sedar diri.. nak kata mamat ni tua x la kan early 30an la..ermm.. korang nak tau apa yg menyebabkan Dania bengang ngan die???kalo Dania cite sure korang terkejut especially bebudak POLITEKNIK..ok let's Dania cite ckit kejadian semalam..

Punca

semalam printer ofis rosak kepala cartridge la dh x berupaya nak menjadikan apa yg Dania print tu cantik..so, bile dh print terjadi la plak tulisan nye bergarisan and blur and apa yg Dania print tu adalah something yg nak di submit kan ke JKR.. nak x nak terpaksa jugak la Dania pass to him to submit ke JKR..bile dapat je benda tu pd die apa lg naik meroyan la mamat tu pada Dania tau..bebel2 tanpa bagi peluang pada Dania utk defend my self..bile die senyap and tanya Dania dalam nada marah

             him : why it's happend?? 
             me  : it's about printer..kepala cartridge rosak..
             him : kenapa x beli cartridge??duit x de??
             me  : memang duit xde
             him : kenapa x collect duit kt staf lain..??sorang ckit..korang sume dah gaji 
                     kan x kan la x blh kuar ckit duit untuk beli cartridge..a** blh kuar 
                     duit beribu2 untuk  bayar  gaji korang x kan la korang x blh 
                     kuar kan ckit duit untuk beli cartridge..
            me  : masalah nye bkn ktorang x nak kuar kan duit untuk beli cartridge 
                     tp memang ktorg xde duit lgpn gaji ktorg bukannye beribu2 
                     nak kata 1500 pn x sampai..a** fikir la kami ckit..

and last die terdiam dan teruskan lg bebelan sambil die cakap ngan sorg ofis mate Dania 

"kamu kelulusan dari U jd wat keje kene macam budak U jgn ikut cara dieorg ni budak POLI, BODOH".. 

perghhh...time tu Dania rase cm nak tumbuk je muke die.. yela die igt die pandai sangat ke??kalo die pandai die x kan ungkit pasal gaji..tu dah memang tangungjawab die untuk bayar gaji ktorg..mmg ptt pun kuarkan duit beribu2 sbb die kan b**..xkan la pekerja lak yg nk kena kuarkan wit beribu lak ada akai ke..

last2 semalam die trus kuar ofis and x masuk2 lg dah lepas tu sampai la pagi ni..haiiii..tertekan la Dania keje cni..bukan tekanan sebabkan kerja tp sebabkan b**.. sabar je Dania selama ni..nak keje ikhlas pn dh x blh lg dh..haisshhhh...

            

 

11 June, 2012

kisah Rozita

hye kengkawan...hr ni Dania nak berkongsi cerita mengenai pengasas sendayu tinggi iaitu Rozita Ibrahim.. Dania tertarik ngan pengakuan die..nak tau apa die jom baca entri kt bawah.. 

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia…
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

p/s : jadi pada sesape saudara muslim yang masih belum bertudung,bukalah mata.berubah untuk kebaikan.Dunia ni hanya pinjaman.semoga Allah membuka hidayah pada semua.



 




08 June, 2012

Sering merendah diri antara enam tanda taubat diterima

tertarik Dania baca pada 1 blog ni..tentang merandah diri..jadi Dania kongsikan bersama kawan2 semua untuk tatapan ye..


SEORANG ahli hikmah berkata:
Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.
Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:
  1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
  4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.
Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.
Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.
Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

Sumber : Abul-Laits Assamarqandi dalam buku, Tanbihul Ghafilin


06 June, 2012

we are young

aduhhhhhh..penat betul Dania mencari lagu ni..dari semalam lagi..x jumpa2..puas Dania tanya bebudak ofis tajuk n nama kumpulan yang nyanyi lagu ni dieorang pn xtau.. and last tadi baru jumpa tu pn budak ofis Dania yang jumpa dalam blog orang..hehehehe.. Dania suke ngat lagu ni sebab lagu ni memang best n rentak die pn lain dari yang lain.. 4 this song Dania bagi 100% korang cm ne plak?? k la korang tengok n dengar dulu ye..nnt komen tau.. 

 

02 June, 2012

balik kampung

Hari ni Dania balik kampung Melaka..u oll nak tau x Dania tempuh je sepanjang panjang perjalanan ke Melaka tau...kuar je dar tol Subang Jaya ok lg trafik lepas je dari persimpangan KLIA Ya Allah panjang nye jem..belum masuk Nilai and Seremban lagi..lagi la truk jem nye..bayangkanlah Dania kuar dari umah kul1215pm and Dania sampai kampung tepat kul 230pm...nasib baik la kete Dania auto so,xde la kaki Dania pn turut jem...hhehhee...
dah sampai je kampung baru lah Dania tau penyebab berlakunye jem..rupenya hari ni ada pendaftaran kemasukan pelajar baru UITM Melaka..patut la jem..yela kan orangmesti la amik kesempatan..bak kata pepatah menyelam sambil mnu air la kan..alang2 dah datang Melaka trus la bercuti sekali..tambah2 skng ni cuti sekolah lagi lakan.. ermmm..bile dah jem2 cegini nak kuar jalan2 pn dh malas..hehehe..baik duk berehat kt umah je kan..

29 May, 2012

interview lagi

Dania baru je dapat call dari Petronas KLCC..They oll mintak Dania menghadiri temuduga esok kul2 petang..Dania x tau la samaada nak g ke x sebab Dania dh banyak amik EL..takut kali ni x lepas lak...

ermmm...apa yang harus Dania wat ek?? u oll ada idea x?? pening ni...
haaaaiiiiiiii...







movie terbaru

hye guys!!! hari ni dania nk cot cet pasal movie melayu yg dah kuar wayang pn..dania ada tertarik dengan beberapa filem yang membuatkan dania rase WAJIB g tengok..hehehe...nak iktkan Dania ni x suke ngat tengok wayang filem melayu ni..tp di sebabkan cite ni Dania rase cm best tu sebab Dania btl2 rase nk g tengok..
Haaaaa..nak tau cite apa? ok2 jom tengok bawah cite yang Dania nak sangat tengok..
  
1st Movie - Hoore! Hoore!

hari ahad hari tu dania tengok tayangan perdana cite Hoore!! Hoore!! best gak cite ni..cite ni cite muzikal yang kebanyakkan nye lagu2 dalam ni adalah dari Allahyarham Sudirman Hj Arshad..memang best la kan.. u oll sume tau kan yg lagu2 arwah memang best.. ok2..jom Dania cite ckit sinopsis cite ni..

ditayangkan pada 24 Mei 2012..apa lagi jom tengok..hehehe
cite ni mengisahkan sorang budak pompuan Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tp hati baik. Aiman ni ada 2 org sahabat baik Lana dan Azadan tp dania x kenal pn pelakon ni sape x penah tengok pn..mayb dieorg ni pelakon tambahan. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia (Adibah Noor), ayahnya bernama Hairil (Harun Salim Bachik) dan Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah (Fauziah Nawi) yang tinggal skali ngan dieorang. Nenek Aiman ni best sempoi sama ngan ayah nye yang sporting.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari (Akim), seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita (Kilafairy) juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu..erm..nk tengok lanjutan cite ni kene la tengok ye..Dania pn jd tanda tanya apa kesudahan cite ni..


22 May, 2012

teringin

ermmm...ntah kenapa la kan tetibe je dania rase teringin nk dapat red roses dari sum1..tetibe lak blh datang romantik tu dalam diri dania..hehehehe..

bile dah rase cm ni nak mintak kt mr dania pn ada tp....................
ehmmmm... mr dania 2 bukan la jenis yg romantik..tp kalo kite x cuba x tau kan..hehehe
so, dania fikir 1000 kali sama ada nak ke x nak cakap kt mr.dania..

setelah cukup yang ke 999 kali dania berfikir, dania pn decide nk ckp ngan mr.dania.. i try my best to talk wif him...tp chat kt fb je la kan..hehehe..



so, keputusannye....errrmmmm...bad..die xmo bg..kata GELI okehhh!!!damn!!!benci mr.dania too much.. ='(

17 May, 2012



morninggg!!!!!

apa kabar?? today i would like to story about this pic...wahhh!!!kelas kau maria sepiking london kau ya...hahahhaha

4get bout it..haaa!!! korang mesti tertanya kan apa sebab dania postkan pic ni??
ni adalah surat dr Perbadanan Putrajaya yg invite dania untuk datang interview bagi jawatan Technician Awam pada 14 May 2012 hari tu..

u know what??surat ni dieorg hantar kt alamat Melaka means kt Kg dania la kan..siap hantar gune pos laju lg..tp time tu mom dania xde kt kg sebab die dtg umah dania selama seminggu..so, posmen tu pun tinggal la surat cinta wane kuning yg mengatakan suh collect surat tu kt pejabat pos Alor Gajah..mase tu dania tertanya2 sape la bagi surat gune pos laju ni..??sure surat ni urgent..then mr dania pn ckap maybe surat panggilan keje kot..ermmm...dania terdiam jap sambil pk jabatan mane yang dania apply smpaikan they oll gune pos laju..arghhhh..bio la dulu nk kepastian kene tunggu yg sebetul2 surat..

esok nye tu mom dania call and she said

                    mom : adik surat ni dari perbadanan putrajaya lah..

                    me    : ooo..yeke..berkenaan apa??
                    
                    mom : eaaaaa..dieorang panggil interview la 14hb ni..hr apa tu 
                              ea..jap2 mak tgk..eh, isnin depan la dik..dengar ea mak baca.. 
                              sukacita dimaklumkan bahawa puan dijemput menghadiri 
                              temuduga bagi urusan pengambilan jawatan 
                             Juruteknik Awam Gred J17 tp  kontrak la dik..ha..cm ne adik nk g ke??

                    me    : ha!!!!..btl ke mak??alhamdulillah panggil jgk dieorang untuk  
                               interview..xpe2 wikend ni adik balik amik surat tu..eh..mestila g..x pe 
                              la mak nanti adik balik adk tengok surat tu..


dalam hati dania YES!!!!!!dapat gak..akhirnya..hehehehe...

so, isnin tu dania pn g la sana..tgk x ramai pn yg datang sklali mase nk sign kehadiran mak oiiiii bley tahan gak la ramai dlm 22 org..huhh.cuak gak dania mse tu..tp xpe yg penting yakin dengan diri sendiri kan kengkawan..

ok timbalan pengarah bahagian sumber manusia bg briefing pasal jawatan ni..taraf bagi jawatan ni tetap tp untuk permulaan dieorg wat kontrak dulu selama 2 tahun once dh cukup 2 tahun baru jawatan ni akan menjadi tetap..ni sume gara2 pekeje2 yg ada skang ni byk keje main2 dat's Y la dieorg wat cm tu..keputusan untuk jawatan ni adalah sebulan dr tarikh interview paling2 lama pn 1 bln setengah..

erm...x sabar dania nk tggu result interview ni..hopefully ada la rezeki dania kan..hhehehe..

promosi kembali lagiiiii!!!,

arghhhhhhhh!!!!?

ok2 rilex k..

hye ollsss!!!
haaaaa nk tau sebab apa dania jd cm ni??
ni sume gara2 promosi pakej percutian yg sgt2 gile2 okeyy...tu yg menyebabkan dania jd gile tu...mane x nye percutian untuk 2hr 1 mlm di Disneyland Hongkong hanya RM 799 untuk 4 org okeyy..
so, i really love this package.. actually dania tgk nI dh lame dh tp baru nk post kt entri ni kan because of i forgot..hehehehe..

jom kite jelajah dulu pic yg dania postkan ni...pasti korang pn teruja kan.. let's check it out!! (versi lisa surihani iklan digi) ngeeee..





opppsss...alamak tab dania ni prob la plak... x bley plak nk adjust pic ni kasi sme..hehehe..xpe2 x menjejas pun kan..esok kat ofis dania kasi cantek2 okeyyy..

haaa...amacam teruja x??cm tu la jgk dania teruja tau..xpe2 pakej ni pn cm dh nk sold out kan kite lupe kan dulu ye..nnt ada lg promosi dania inform kt u olls ye..

09 May, 2012

bukit tinggi

morning ollsss!!!!!

skng ni dh masuk bulan 5 dh kan...kejap je mase berlalu pejam celik pejam celik dh nk masuk pertengahan tahun 2012 walhal dania rase cm baru je masuk tahun baru..

korang nk tau x, mase hari pekeje hr tu dania and mr. dania g bercuti tau nk kata BERcuti tempat2 yang jauh tu x la..just bercuti kt bukit tinggi pahang je..tp bkn ktorg ber2 je..ktorg g ngan member mr. dania bersama ngan awex nye..g reramai best la kan klo g ber2 je mmg  x best sbb bkn nk berbulan madu pn kan..just nk merehat kan minda dr kecelaruan keje masing2..

nk tau kenapa bukit tinggi menjadi pilihan hati dania??

haaaaaa...ni sume gara2 dania baca kt blog orang yg dah g kesana..nmpk cm menarik je kt sana tp bg dania, tempat tu biasa je..xde aktiviti menarik ngat..lgpn tempat cm tu sesuai la bg org nk BERhoneymoon..sbb kt sana tenang and sunyi..rasenye lg sunyi dr cameron highlands..

Di sebabkan TERlalu teruja ngan percutian kami yg boleh dikatakan betul2 BERcuti and he spent the whole time wif me berbanding yg sebelum2 ni, mr.dania decide nk gerak ke sana kul6 a.m u know..wow...it's too early for me because bukit tinggi tu x la jauh mane pn kan..paling lmbat pn mase perjalanan around 1 hour and  30 minute je..bayangkan la smpai kt genting sempah kul7 a.m dr genting sempah nk ke bukit tinggi tu lg 5km..ktorg smpai btl2 kt bukit tinggi tu kul8.15 tu pn sebab ktorg benti breakfast kt genting sempah jap and ada la jgk salah sesat..hehehehe...sepatutnya kene masuk simpang kt bukit tinggi dania lak dengan rase confident nye blh lak suh mr.dania masuk simpang nk ke janda baik..smpai la ke pintu gerbang air terjun janda baik..haishhhh terpaksa la patah balik kan..ni sume gara2 direction dr blog yang dania baca tu..hehehehe..

pintu masuk Janda Baik


ok kali ni dh betul jalannye..mmg dh nampak signboard persimpangan bukit tinggi..hehehhe...nk masuk ke bukit tinggi ni kene bayaran RM12 per person..siap ada tiket lg..dh macam nak masuk taman tema je kan..

tiket pun dh season

then, ktorg pn park la kete kt Colmar Tropicale..mengikut kata guard kt sana kalo nak visit kene park kete and kene naik shuttle untuk ke tempat2 lain..so, kitaorang pn terpaksa tunggu sebab shuttle ni apa sejam sekali je..kitaorang sampai sana kul 845 a.m shuttle gerak kul 945 a.m lagi sejam kitaorang kene tunggu..dalam fikiran dania dalam mase sejam mane tempat yang boleh g sebab kawasan tu memang x de tempat menarik yang boleh kitaorang lepak..kebetulan mase tu dania mau pipis so kitaorang pun masuk la ke dalam bangunan ala2 kt overseas tu..huh, sekali tengok memang terasa cm ada kt overseas..teruja lak dania..nak masuk ke dalam tu dh cam pintu masuk istana je..memang menarik..



dalam lift nak pergi ke Colmar Tropicale

Geng gagak hitam..hhehe

pintu masuk ke Colmar Tropicale

jambatan nak masuk ke Colmar Tropicale

dari atas menara
dh puas lepak2 kat dalam tu, dah time kitaorang naik shuttle..cuma kitaorang sendiri x tau mane tempat yang nak dituju..sebab tempat2 kat sana xde yang menarik perhatian kitaorang..yang ada pun 1 je Japanese Village..tu pn shuttle yang kami naik tu x g ke sana..nak x nak kami pn main redah je naik shuttle tu..sampai ke destinasi last kami pn turun..nk tau tempat apa???

05 April, 2012

perasaan hari ni

hye olls..hr ni dania rase tenang and rilex dari semalam...ermmmm...u know what??  disebabkan hal semalam hr ni b*s x masuk ofis..myb die bengang, marah or malu ngan dania..tp seperti apa yg dania rase skng ni alangkah bagus nye die x masuk trus..hehehehe...jahatkan??peduli apa dania..hehehhe..

arghhh...orang cm tu kite x leh kasi muke sangat..dh terlalu banyak dania berlembut and mengikut kata die sampai dania rase yg diri dania ni seperti diperbodohkan dan dipergunakan untuk kesenangan die...skang ni segala kesabaran dania telah sampai ke kemuncak..dania dh hilang rase hormat antara pekeje dan majikan..cukup la sekali die perlakukan dania seperti itu..skang dania redha apa yg akan terjadi selepas ini..dania pn dh bernekad dlm ht yg tak akan tunduk terhadap die lg..

skang ni mereka berdua yg banyak wat keje..dania hanya duk di ofis dan melakukan kerja-kerja di ofis..haaaaa...kelam kabut jgk dania tengok dieorg kene wat keje yg dania selalu wat..mane x nye dieorg hanya tau masuk ofis lambat and then rilex...main facebook, youtube or else..smpai la ada projek p site and pantau orang wat keje..then hbs projek msk ofis and rilex tu je la hari2 keje dieorg...yg dania ni mcm2 la kene wat..wat itu, wat ini, deal ngan supplier, g beli tender/sebutharga, wat sebutharga sampaikan klo xsempat dania bawak balik...pastu kalo ada salah, dania jugak yg kene marah..walopn sometimes kesalahan tu bukan datangnye dr dania..

ermmmm...pasti u olls fkr yg dania ni mengungkit or berkira dalam bekerjakan???

actually dania bkn nk mengungkit and berkira ngan keje dania tp dania cume rase keadilan tu tiada..yg sorg ni selalu x puas hati dengan gaji tp keje nye harapkan orang wat untuk die..tu pn still b*s x nmpak sedangkan dania ni x wat keje ckit or salah ckit pn b*s dah marah and mula mengeluarkan kata2 yg kurang menyedap kan telinga ni dengar.....haiiishhh...x faham btl dania..

04 April, 2012

terkilan

hye u olls..lame dh dania x hapdate danie nye blog ni kan...hari ni dania nk mencitekan apa yg dh berlaku kt tmpt keje dania..

skang ni dania btl2 terkilan ngan b*s n wifenye..yela, they oll baru je balik dari umrah tp dania tgk sama je perangai they oll..x ubah pn..still sama cm sblm p umrah..perkataan yg di ungkapkan tu ada je yg blh menyebabkan org sakit hati and the most important thing is sikap bangga diri they oll tu masih lg utuh..

yg membuat dania ni terasa hati n terkilan sgt2 adalah wife die..she try too lagakan me and bekas pekeje syarikat ni (M)....sedangkan wife die x tau yg dania n M still contact..haiiiiii..x sangka btl dania seorang cikgu and hamba Allah yg baru balik dari umah Allah berperangai seperti itu..itulah nama nye manusia kan..kene btl2 pasang niat dalam hati tujuan kite pergi ke umah Allah dan dalam mase yg sama mestilah ikhlas pergi kesana untuk membuat ibadat kepadanya..

haaa!!!one thing baru dania teringat..alangkah terkejutnye dania dengar cite dr M apa yg wife b*s citekan padanya..rupe2nye b*s bwak dania kesana kecni adalah untuk menyenangkan die..contohnye cm g kelantan hr tu...bg b*s,  
"bawak dania merugikan sbb x pasal2 kene bayar 2 blk hotel..sedangkan dania bukan tau wat keje pn..bos bawak pn sbb senang nk suh dania bayar itu bayar ini wat itu wat ini..." 
(ni cite yg diceritakan oleh wife b*s kepada M)..
alangkah terkejut dania apabila dengar cite tu..x sangka bos bawak dania dengan ht yg x ikhlas..astaghfirullah hal azim... itu yg pertama sekali keluar dr mulut dania..alangkah kecewanya dania bile mendengar sume ini..lps tu dania terus demam..demam akibat menangis yg x henti2..asal cite ngan mak nangis, cite ngan my mr dania pn nangis blm lg abang n kakak dania lg la dania menangis..mana x nangis nye..1st time in my life org try nk lagakan dania n dapat b*s yg sebegini..byk2 company yg dania keje x penah pn b*snye cm ni..dulu mase dania keje ngan syarikat melayu x jugak kene cm ni..bini b*s dania yg dulu cikgu jugak lagi la guru HEM sekolah menengah..tp xde pn nk sibuk2 amik tahu hal2 pejabat..nk tgk muka lg la susah..mmg dania x penah jmp..keje ngan company cine lg dania bahagia walopn kt sana majoriti bangsa die..dieorg selalu ajar dania if ada benda yg dania wat salah or yg dania x tau wat..lg byk kelebihan keje sana..trus terang dania ckp I'm very2 regret keje cni..walopn company lame tu kecik tp bahagia keje sana ht pn tenang..x cm kt cni..harap projek beratus2 ribu masuk tp x bahagia pn ht pn x tenang asal bangun pg dh stat pk apa lg yg akan terjadi hr ni....haiiiiiiiiiii (rase kecewa yg mendalam lebih dalam dari rase kecewa apabila ditinggalkan kekasih)

erm...about my mom lak lagi la kecewa ngan apa yg telah berlaku..my mom also menangis bile mendengar cite anaknye ini..and my mom said  
"adik keje untuk mengayakan die tp apa yg adik dapat??hanya dapat gaji  kutukan dan makian dr die tp pernah ke dieorg hargai adik??baik adik benti keje and keje kt melaka hati adk pn x sakit mak pn x riso.." 
tu yg my mom ckp..so sad..dulu dania tinggalkan my mom sebab nk keje cni...bile b*s meyakinkan dania yg syarikat ni ok dania pn agree utk keje kt syarikat ni..tp x sangka di sebaliknya memakan diri dania blk..mr dania lak lg la die hanginkan..hangin sebab apa yg b*s dh lakukan pd dania..mr dania pn x blh sabar ngan sume ni die pn PM la b*s melalui fb..and hr ni bile dania msuk ofis trus b*s tanya sebab mr dania PM die..and my simple answer is "i don't know" and he also ask me for the next question and also my answer is "i don't know"..dania sengaja jwb cm tu sbb dania x larat nk menjawab soalan die..dania sendiri blm fully recovered lg mau jwb soalan die..damn!!i hate that question!!

ehmmmm...ok back to story about demam..lps kejadian tu dania trus demam sehingga lah ke hari ni..khamis, jumaat , sabtu dania mmg x larat dh..tp dania kuatkan jugak semangat dania nk g keje sebabkan tanggungjawab dania pd syarikat tp sian dania rase pengorbanan dania ni x sorg pn pandang..sume agaknye nk lepaskan diri n nk keje senang..sampai la hr isnin yg lepas dania still lg keje n boleh lg keluar p JKR untuk hantar sebutharga walhal mase tu muke dania dh pucat mmg x larat tmbh2 lg mase tu dania nk kene semput lg la x larat..and last dania mintak balik awal tp still kene siapkan keje dulu baru leh blk tp mase tu tuhan je yg tau bagaimana dania menahan kesakitan dania ni..and keesokkan hrnye dania MC tp hr ni still lemah bdn mana x nye kan kene semput ni bkn cm orang berlari or berjoging..rase kene semput ni cm org nk hilang nyawa..ehmmm..nasib baik mr dania paksa dania p klinik klo x mmg xde maknenye dania nk p klinik..tu la yg sbnr2nye mr dania PM b*s..die geram yg teramat sgt..

ehhmmm...some times dania terfikir apakah salah dania sehinggakan they olls wat dania cm ni..keje yg dania lakukan selama ini semua nye ikhlas dan dania lakukan kerana Allah S.W.T untuk memajukan syarikat ni tp apabila segala usaha dania diperlakukan sebegini setiap keje dania wat tiada lagi keikhlasan dlm ht ni..dan dania harap sgt jgn la they olls mempertikaikan sume tu sebab sumenye berpunca dari they oll..skng soalan yg selalu bermain di fikiran dania adalah, adakah they olls x suke dania bekeje cni??ehhmmm...ntah la..no idea for that question.begini la nasibku si anak yatim yg deperbodohkan untuk kesenangan orang lain...

10 February, 2012

hapuslah air mata di pipi, hilangkan lara di hati


KEGELISAHAN, kedukaan dan air mata adalah bagian dari sketsa hidup di dunia. Tetesan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, hingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan karena kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

KEINGINAN BERTEMU pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disadari sebelumnya, hingga tanpa sadar telah menjadi bagian hidup yang tak terpisahkan. Sebuah fitrah pula bahwa setiap wanita ingin menjadi seorang ISTERI dan IBU yang baik ketimbang menjalani hidup dalam kesendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang sholeh dan sholehah.


DUHAI …

Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi bila ia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya ISLAM hingga memenuhi setiap sudut rumahtangganya.

الله Subhanahu wa Ta’ala pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusui hingga keta’atan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fii sabilillah. Karenanya, yakinkah batin itu tiada goresan saat melihat pernikahan wanita lain di bawah umurnya? Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga ia menemukan kekasih hati? Dapatkah kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan? Atau, tidakkah kita melihat kilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak kita?


LETIH …

Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah belahan jiwa yang menunggu di sana.


DUHAI UKHTI SHOLEHAH …

Dalam ISLAM, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, karena masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi dunia fana ini saja. Seseorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya الله akan dipertemukan di akhirat sana, selama ia beriman dan bertaqwa serta SABAR atas ujian-Nya yang telah menetapkan dirinya sebagai lajang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tak SABAR untuk bersua dan telah menunggu di tepi syurga, berkereta kencana untuk membawamu ke istananya.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada SANG PEMILIK CINTA. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri, duhai ukhti. Taqarrub-lah kepada الله Subhanahu wa Ta’ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan wanita lain, karena الله Subhanahu wa Ta’ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski ia tidak menyadarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam karena tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah karena air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada الله Subhanahu wa Ta’ala. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Karena sejak ruh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskan-Nya.


SABARLAH UKHTI SHOLEHAH …

Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemintang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai bagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahasia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga, kelak akan engkau rasakan tak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.

Semoga.

Wallahu a’lam bi shawab.

25 January, 2012

Dalam kehidupan di dunia, kita sering dihadapkan oleh beragam pilihan dalam bentuk keputusan. Apakah dalam masalah jodoh, pekerjaan, pendidikan, urusan rumah tangga dan hampir segala aspek kehidupan.
Dan yang perlu diketahui bahwa yang namanya pilihan bukan hanya melulu kita memilih satu diantara dua, tiga dan seterusnya. Misalnya memilih A atau B. Tapi bisa juga memilih itu hanya A saja. Tapi tetap saja itu pilihan kerana memilih A, ya atau tidak.
Dalam hal pilih-memilih pastilah kita menginginkan pilihan yang terbaik. Jangan sampai kita salah memilih karena akan berdampak atau beresiko dikemudian hari. Kalau ternyata pilihan yang kita ambil adalah pilihan yang tepat beruntunglah kita.
Tapi bagaimana kalau pilihan yang kita ambil salah? Yang perlu diperhatikan pilihan itu sebaiknya juga terbaik menurut Allah. Kerana kadang kita sebagai manusia sering hanya ingin memilih yang kita anggap enak, indah dan mudah untuk dijalani. Padahal belum tentu yang indah dan mudah itu adalah yang terbaik menurut kita.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ( QS Al Baqarah : 216)
Rasulullah menganjurkan kita untuk sholat Istikharah. Menurut artikel yang pernah saya baca kata Istikharah berasal atau berakar dari kata ” khiyarah” ( Pilihan ).
Solat Istikharah boleh dikatakan sebagai usaha untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dengan cara memohon petunjuk kepada Allah lewat solat. Selain memohon petunjuk yang terbaik kepada Allah, solat istikharah juga dapat digunakan untuk meyakinkan keputusan kita. Ketika kita bimbang atau ragu-ragu dengan pilihan kita solat Istikharah dengan memohon ketetapan hati sangat dianjurkan.
Syarat utama dalam solat istikharah salah satunya adalah harus neutral. Maksud neutral di sini hati kita benar-benar tidak condong kemanapun. Tidak memihak pilihan manapun. Kerana jika beristikharah namun hati kita masih memihak pada salah satu pilihan kita maka hasilnyapun akan semu atau ragu.
Mungkin itu hanya bisikan syaitan atau bahkan karena nafsu kita saja yang hanya menginginkan sesuatu yang kelihatannya baik untuk kita. Selain hati kita harus benar-benar bersih ketika solat istikharah kita haruslah ikhlas.
Mengapa? Kerana mungkin boleh jadi setelah kita solat keputusan atau pilihan dari Allah adalah sesuatu yang mungkin tidak kita harapkan. Untuk itu kita harus ikhlas apapun yang telah menjadi pilihan kita.
Percayalah bahawa Allah menciptakan sesuatu tidak lah untuk sia-sia belaka. Pasti ada hikmah di dalamnya, jika kita beriman kepada-Nya.
“Salah satu dari kebahagiaan anak Adam adalah menyerahkan pilihannya kepada Tuhan-Nya, dan keridhaannya terhadap ketentuan. Dan salah satu kesengsaraan Bani Adam adalah meninggalkan istikharahnya kepada Allah ta’ala dan membenci setelah adanya ketentuan.” (HR Abu Asy-Syaikh Ibnu Hibban, Al-Ashbahani dan Al-Bazzar).
Hasil dari sholat Istikharah bermacam-macam. Ada beberapa yang mengatakan lewat mimpi, ada juga lewat ketetapan hati dan juga ada yang jalannya atau urusannya dimudahkan oleh Allah. Seperti yang terlantun dalam doa Istikharah yang antara lain :
” Ya Allah, Berikanlah pilihanMu dengan ilmuMu, berikanlah keputusanMu dengan kekuasaanMu, berikanlah nikmat yang agung dariMu. Engkau yang Maha Menguasai sedangkan aku tidak. menguasai apapun, Engkau yang Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui apapun. Ya Rabb jika urusan ini memang yang terbaik untuk hidupku di duniaku maupun diakhiratku maka mudahkan dan dekatkan padaku. Namun jika urusan ini memang buruk untuk hidupku di duniaku dan akhiratku maka jauhkan dariku dan gantilah dengan yang lebih baik. “
Ketika kita bimbang, ragu akan semua masalah yang menghimpit kita. Ambillah air wudhu, dirikan 2 rakaat solat sunnat Istikharah dan serahkan semuanya kepada Allah azza wa jalla yang menguasai hidup kita, yang menggenggam hati kita, satu-satunya tempat bermohon dan sebaik-baiknya tempat berlindung.
Semoga Allah memilihkan yang terbaik dalam hidup kita, di dunia dan akhirat. Kerana pilihan Allah pastilah yang terbaik untuk hambanya. Amin…