29 May, 2012

movie terbaru

hye guys!!! hari ni dania nk cot cet pasal movie melayu yg dah kuar wayang pn..dania ada tertarik dengan beberapa filem yang membuatkan dania rase WAJIB g tengok..hehehe...nak iktkan Dania ni x suke ngat tengok wayang filem melayu ni..tp di sebabkan cite ni Dania rase cm best tu sebab Dania btl2 rase nk g tengok..
Haaaaa..nak tau cite apa? ok2 jom tengok bawah cite yang Dania nak sangat tengok..
  
1st Movie - Hoore! Hoore!

hari ahad hari tu dania tengok tayangan perdana cite Hoore!! Hoore!! best gak cite ni..cite ni cite muzikal yang kebanyakkan nye lagu2 dalam ni adalah dari Allahyarham Sudirman Hj Arshad..memang best la kan.. u oll sume tau kan yg lagu2 arwah memang best.. ok2..jom Dania cite ckit sinopsis cite ni..

ditayangkan pada 24 Mei 2012..apa lagi jom tengok..hehehe
cite ni mengisahkan sorang budak pompuan Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tp hati baik. Aiman ni ada 2 org sahabat baik Lana dan Azadan tp dania x kenal pn pelakon ni sape x penah tengok pn..mayb dieorg ni pelakon tambahan. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia (Adibah Noor), ayahnya bernama Hairil (Harun Salim Bachik) dan Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah (Fauziah Nawi) yang tinggal skali ngan dieorang. Nenek Aiman ni best sempoi sama ngan ayah nye yang sporting.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari (Akim), seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita (Kilafairy) juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu..erm..nk tengok lanjutan cite ni kene la tengok ye..Dania pn jd tanda tanya apa kesudahan cite ni..


2nd Movie - Aku Ada Kau Ada
 
untuk cite yang kedua plak adalah cite Aku Ada Kau Ada dimana u oll sume tau yang barisan pelakon2nye hebat2 belaka..Dania betul2 rase teruja nk tengok cite ni sebab pelakon lelakinye..sape lagi kalo x lain x bukan Shaheizy Sam la..dalam cite ni die cute sangat x kurang gak ngan si Yana Samsudin ni..die pn cute..

cite ni mengisahkan Nordin Ahmad (Shaheizy Sam) adalah pelajar tahun kedua yang teringin untuk dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz (Kamal Adli) pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sangat sakit hati bila Nordin mendapat perhatian dari pelajar perempuan.Tina (Yana Samsudin) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej. Tina tidak merasakan dia bermasalah walaupun dia sebenarnya adalah seorang panas baran tahap kronik. Namun bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sakit marah Tina menjadi makin menjadi.Masalah menjadi lebih besar bila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Yang jelas, mereka saling membenci. Aziz suka Tina kerana dia melihat sendiri kebencian Tina pada Nordin. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar yang dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luahkan perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi hanya jika Nordin menerima cintanya. Nordin pula kurang pasti jika dia betul-betul sukakan Tina jadi sebelum sempat Tina luahkan perasaannya pada Nordin, Nordin laksanakan “teknik istimewa”nya ke atas Tina.Melalui “teknik istimewa”nya, Nordin yakin dia sukakan Tina tapi malangnya, teknik Nordin itu buat Tina yakin Nordin bencikan dia. Tina buat keputusan keluar dari kumpulan. Namun Nordin sedar yang ianya masih tidak dapat menyelesaikan masalahnya selagi dia tidak berterus terang dengan Tina.Namum pada hari persembahan, kumpulan Nordin mengalami masalah bila apa yang dirancang tidak menjadi. Bila keadaan mula terdesak, Tina muncul dan buat persembahan bersama Nordin. Mereka pamerkan sebuah persembahan yang mantap.
 
nak tau kisah lanjutannye tunggu....hehehehe..

No comments:

Post a Comment