28 February, 2011

rahsia di sebalik mata

haaaa...skng ni dania nk mengusai ckit rahsia tentang mata..sebab mata kite ni byk menyimpan rahsia..xde org yg tau rahsia di sebalik mata kite...
 Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….jom kite tgk yg mana kah mewakili mata korang...
  • SAIZ MATA KECIL
          Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

  • SAIZ MATA SEDERHANA
         Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra   suami.

  • SAIZ MATA LEBAR
         Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

  • MATA SELALU BERKEDIP
          Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik. 
  • MATA JARANG BERKEDIP
         Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

  • MATA CENGKUNG
         Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

  • MATA REDUP
          Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

  • MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
         Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

No comments:

Post a Comment